Sunday, January 13, 2013

EDD 3rd April 2013 a Journey to Discover

Preparation for the 3rd trimester..

Sememangnya kehidupan seharian kita tidak lepas dari kesibukan kerja yang tidak putus2 dan persiapan untuk saat menghampiri EDD juga adalah satu "kerja" yang perlu dirancang...

Persediaan : Memandangkan ini anak ke-3...jadi pengalaman anak 1 dan 2 memudahkan perancangan..
1) Untuk Ibu
2) Untuk Anak

Untuk ibu mungkin lebih sikit berbanding anak memandangkan usia ibu "ehem2" dan peristiwa keguguran pada June 2012 lalu.

Untuk anak adalah beberapa helai baju baru + mittens + socks, toiletries dan lampin pakai buang...yang selain nya (barut bayi, baju, stokin,tilam, bantal, tuala baby, bedung, selimut, besen mandi baby, changing mattress etc)  masih dalam keadaan baik dan boleh digunakan sahaja yang mana masih elok.

Untuk ibu..barang yang perlu dibeli, anyway bengkung & tungku & tilam sauna telah ada...

1) Set bersalin...saya akan gunakan product yang sama masa anak kedua hati iaitu dari sendayu tinggi. Dan beli tambahan untuk pil haruan leesa formula.
2) Untuk suppliment saya akan gunakan coloskim - menambah susu dan menguatkan imunisasi badan
3) Untuk tingkat metabolisme  badansaya akan ambil SSsolution...supaya lemak2 dibadan ni akan menjadi susu badan.
4) Pump susu avent manual sparepart2 nya telah dibeli (masih elok dari anak 2) dan memandangkan "masa" saya membeli medela freestyle untuk persediaan berkerja nanti.
5)Acessories penyusuan saya hanya perlu membeli disposable milk storage...yang lain2 (coleman ice & ice box) masih elok...boleh di gunakan
6)Toletries ibu masa dalam pantang
7) Bidan telah dibooking :)

Selalunya...hari pertama dan kedua saya akan minum air kunyit+madu+daun sirih...anyway ada di market yang sudah membuatnya dalam bentuk serbuk yang mudah di bancuh... (nanti saya upload gambar) pada saya memudahkan sebab jika bersalin normal at least 1-2  (Anak ke 2) hari kita di hospital...manakala melalui pembedahan (Anak-1) ..selepas 4 hari baru boleh pulang ke rumah apabila luka kering dan dibuka...jadi...elok stanby "bekalan" semasa kita berada di hospital nanti.

P/S: Lama tak update blog ini...

Saturday, December 18, 2010

Muhasabah Diri-Pengalaman Melakukan Perlansingan di Pusat Terkemuka (Hukum Halal)

Salam persaudaraan kepada para muslimah yang melayari blog ini.

Nukilan pengalaman ini ingin menceritakn perjuangan saya dalam mencari erti sebuah kesihatan iaitu bebas dari masalah obesiti disebabkan sejarah keluarga kedua ibu-bapa saya yang obes, mempunyai penyakit kronik (jantung, kanser-peparu,payudara, rahim, leukemia, darah tinggi dan kolestrol tinggi).

Bermula tahun 2005 iaitu ketika anak yang pertama berumur 3 tahun saya telah mendaftarkan diri saya ke Pusat "M", biasalah rawatannya telah menelan belanja hampir 20K namun begitu kesannya tidak berjaya disebabkan kesalahan diletakkan kepada saya kerana saya tidak mengikuti diet yang disyorkan sedangkan saya telah mengawal pemakanan saya..KENAPA YA? malah beautician syarikat ini pula ingin menambahkan kos rawatan..Ohh tidak Cukuplah...terfikir jugalah HALALKAH PRODUK YANG DI SAPU DI BADAN KITA?

Selepas melahirkan anak lelaki pada tahun 2007..saya berfikir untuk menurunkan berat badan ini.. mungkin cara teknologi rawatannya yang disyorkan disyarikat "M" tidak sesuai diri saya...dan saya mendaftar di syarikat "K"...dan rawatan yang dikenakan adalah 20K...pada permulaannya berat saya dapat diturunkan namun begitu persoalannya timbul apabila penurunan berat badan saya disebabkan oleh satu set sachet minuman untuk diminum (TIADA TANDA HALAL) saya begitu menjadi JAHIL kerana tidak mengendahkah PERSOALAN HALAL didalam produk-produk syarikat ini...SEBAB SAYA JAHIL!!! dan apabila kita berhenti daripada meminumnya DAN TIDAK MAINTAIN (RAWATAN)..kenaikan badan terjadi lagi...KENAPA YA?

Tidak putus asa saya ke syarikat "B"..20K lagi dan begitulah KEJAHILAN SAYA SETERUSNYA..mengabaikan HALAL dan HARAM..malah dar segi AURAT..

Kepada para muslimah disana ambillah iktibar dari cerita saya supaya ianya tidak berlaku pada anda semua..sebenarnya DALAMAN kita yang perlu diselidiki..rupanya2 masalah HORMON saya yang tidak seimbang disebabkan STRESS, FOOD INTAKE dan LIFE STYLE yang tidak sihat. Apa2 pun KITA ADALAH APA YANG KITA MAKAN.

Friday, December 17, 2010

Wanita-Hormon & Kanser (Part 2)

Info Barah
·  Barah payu dara adalah barah paling biasa ditemui di kalangan wanita Malaysia tanpa mengira bangsa. Malah ia boleh menyerang pada wanita semuda usia 19 tahun. Namun, rata-rata pesakit berusia antara 50 ke 59 tahun.
·  Barah payu dara paling ramai dikesan di kalangan wanita berketurunan Cina, diikuti wanita keturunan India dan Melayu
·  Antara tahun 2003- 2005, 31.1 peratus kes baru barah payu dara dikesan di kalangan wnaita Malaysia.
·  Setiap wanita di Malaysia memiliki risiko antara satu ke 20 kemungkinan diserang barah sepanjang hidupnya.
·  Pada tahun 2003, seramai 1818 pesakit barah payu dara mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Angka itu adalah enam kali ganda lebih ramai berbanding tahun 1993.
·  Kebanyakan pesakit didiagnos dengan barah pada usia 40 tahun ke atas. Namun dua peratus didiagnos pada usia 30 tahun ke bawah. Lebih menyediahkan antara 30 ke 40 peratus pesakit mendapatkan rawatan apabila barah sudah berada di tahap akhir.
·  Pada tahun 2002, terdapat 2778 kes barah kolon dan rektum dikesan. Kebanyakan kes membabitkan pesakit lelaki dan perempuan yang berusia 40 tahun ke atas

Sesal kemudian tidak berguna
Oleh Suzan Ahmad
suzan@bharian.com.my
2010/12/12

SARAH Chee, 63, disahkan mengalami barah payudara 13 tahun lalu ketika gaya hidupnya begitu aktif, sangat sihat lagi cergas, berjoging tiga kilometer setiap hari adalah rutin.

“Pada 1997, doktor mengesahkan ada ketulan pada payudara saya dan mahu saya melakukan mamogram, tetapi selepas itu doktor memberitahu ia bukan barah... saya sangat lega. Disebabkan kejahilan dan sentiasa menafikan punya masalah kesihatan, ketulan yang ada tidak diendahkan sehinggalah 10 bulan berlalu.
“Pelik rasanya sebab kalau betul ia tidak bersifat barah, mengapa ketulan itu makin membesar. Akhirnya saya jadi mangsa sikap jahil dan tak ambil tahu apabila doktor mengesahkan ia barah payudara peringkat bahaya. Saat itu saya berasa alangkah baiknya jika bumi ini terbelah dan terus menelan tubuh ini hidup-hidup,” kata suri rumah berkenaan.
Sarah berkata, pelbagai persoalan berlegar dalam kepalanya, namun semua sudah terlambat dan kekesalan menebal memikirkan bagaimana dia langsung tidak mempedulikan ketulan yang ada selama 10 bulan, apatah lagi membuat kajian dan membaca mengenai barah payudara.

“Air mata sudah tak bermakna lagi, kini saya perlu menerima kenyataan untuk terus hidup dan payudara saya perlu dibuang,” katanya dalam nada kesal.
Bermula saat itu, seluruh keluarga dan anak-anaknya mula mengkaji, mendalami dan memahami karakter barah payudara termasuk menerusi internet dan buku. Dia sendiri mula meyakinkan diri untuk bangkit semula dan memulakan kehidupan baru yang lebih bermakna.

“Saya perlu lakukan sesuatu untuk diri dan masyarakat. Jika berlaku pada orang lain pun sekurang-kurangnya ia mampu dikesan awal, dikawal dan dirawat segera. Keghairahan menyertai Persatuan Kebajikan Barah Payudara (BCWA) dan berkhidmat kepada masyarakat timbul atas kesedaran itu dan hakikat tak mahu nasib sama menimpa insan lain,” tambahnya.
Apa yang menimpa Sarah adalah antara kes klasik pesakit barah payudara peringkat parah atau metastatik yang dibelenggu penafian dan kejahilan. Dia disahkan mengalami barah payudara ketika tahap kesedaran dan kempen mengenai penyakit itu kurang diambil peduli masyarakat.

“Ketika itu, bukannya tiada sebarang kempen mahupun iklan di dada akhbar, majalah atau TV dan radio, tetapi setiap kali terpandang mahupun terdengar, saya tak peduli dan menutup mata. Dalam hati, mana mungkin ia akan terjadi kepada diri dan keluarga yang mengamalkan hidup sihat lagi cergas,” katanya lagi.

Kini Sarah aktif memberi ceramah secara sukarela selain sesi kaunseling di sekolah dan hospital, bertemu pelajar dan pesakit barah payudara peringkat awal untuk meyakinkan mereka bahawa apa yang berlaku bukan hukuman mati, sebaliknya rawatan serta pengurusan penyakit yang baik mampu memanjangkan jangka hayat mereka.

“Pencegahan adalah cara terbaik, lakukanlah pemeriksaan payudara sendiri di rumah dan sebarkan maklumat mengenai penyakit ini kepada lima insan terdekat yang anda sayangi,” jelasnya yang turut berkongsi nasihat berguna diberikan pakar perubatan yang menegaskan setiap ketulan pada payudara perlu dianggap sebagai mencurigakan.

Jangan serah kalah
Oleh Suzan Ahmad
suzan@bharian.com.my
2010/12/12

Pelbagai pilihan rawatan kini membolehkan pesakit barah payudara kawal penyakit

BULAN 'merah jambu' khusus untuk barah payudara baru saja berlalu, namun usaha menerapkan kesedaran mengenai bahaya penyakit nombor satu paling kerap meragut nyawa wanita di dunia itu tetap bergerak terus.
Pada asasnya, tahap kesedaran masyarakat terhadap bahaya barah payudara secara amnya mencapai sasaran, begitupun sangat sedikit fokus yang diberikan terhadap barah payudara peringkat parah atau lebih dikenali sebagai metastatik
Barah payudara yang parah atau metastatik adalah peringkat di mana sel-sel barah terpisah dari ketumbuhan utama payudara dan merebak ke bahagian lain badan melalui saluran darah atau sistem limpatik.

Berbanding dengan negara barat di mana lebih kurang enam peratus dari barah payudara adalah pada peringkat metastatik selepas pemeriksaan, sebaliknya wanita Malaysia disahkan mengenai barah payudara pada peringkat yang amat lambat.

Bertahun-tahun lamanya, hospital seperti Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) mencatatkan antara 30 hingga 40 peratus barah payudara di peringkat yang parah. Ada beberapa jenis dan yang paling lazim berlaku ialah Karsinoma duktus. Ini adalah barah payudara yang paling kerap berlaku dan bermula dalam tisu pengalas duktus.

Karsinoma lobul pula adalah barah yang timbul dari lobul manakala barah payudara metastatik adalah barah payudara yang merebak di luar payudara. Sel-sel barah ini sering ditemui dalam nodus limfa di bawah lengan (nodus limfa aksil.) Apabila barah sampai ke nodus ini, bermakna sel-sel barah sudah merebak ke bahagian badan yang lain seperti, tulang, hati atau paru-paru.

Mengikut kajian, jangka hayat seorang wanita yang menghidap barah payudara peringkat parah adalah lebih kurang dua hingga empat tahun saja. Bagaimanapun, dengan wujudnya pelbagai pilihan rawatan untuk penyakit pada peringkat metastatik, 21 peratus daripada jumlah pesakit mampu mencecah jangka hayat sehingga lima tahun. Di dunia, barah payudara adalah barah yang paling kerap dikalangan wanita yang menyebabkan lebih satu juta kes baru setiap tahun dan adalah penyebab utama kematian wanita yang berkaitan dengan barah.

Di Malaysia barah payudara adalah barah yang paling lazim pada keseluruhannya dan yang paling biasa di kalangan wanita tanpa mengira batas kaum dari usia 20 tahun mengikut kajian pada 2003 hingga 2005.

Presiden Persatuan Kebajikan Barah Payudara (BCWA), Ranjit Kaur menjelaskan kebanyakan pesakit yang disahkan menghidap barah payudara peringkat parah atau metastatik akan terus menyerah kalah.

“Keadaan ini sangat lazim kerana kebanyakan wanita yang ditimpa penyakit ini sedang berada di puncak kerjaya, sibuk menguruskan anak-anak dan keluarga juga suami. Ia seolah hukuman mati buat mereka. Bayangkan saja kesan dan bebanan emosi yang perlu ditanggung. Hakikat yang perlu mereka telan tidak terbayang dan tertanggung oleh sesiapapun. Apa yang terlihat hanyalah hari-hari kelam yang menuju kegelapan, akhirnya lebih rela membiarkan diri dimamah kesakitan fizikal yang amat sangat.

“Benar barah payudara peringkat parah atau metastatik tidak boleh dipulihkan, begitupun pelbagai pilihan rawatan kini membolehkan pesakit menguruskan dan mengawal penyakit itu dan ini memberikan mereka peluang untuk menjalani hidup yang lebih berkualiti dan sekali gus memanjangkan jangka hayat,” katanya ketika pelancaran kempen Pink Purse dan Be A Pink Angel anjuran BCWA bersama GlaxoSmithKline Pharmaceutical (GSK) di J Co Donuts & Coffee Sunway Pyramid, baru-baru ini.

Lihat saja anggota BCWA yang datang dari pelbagai latar belakang agama, budaya, sosial dan peringkat usia. Barah payudara boleh dihidapi oleh sesiapa saja tidak kira lelaki mahupun wanita. Biar sejuta kempen kesedaran pun jika kekuatan dan mandiri itu tidak datang dari diri anda sendiri, segala usaha akan sia-sia. Lakukanlah pemeriksaan awal dan rutin, belajar cara pemeriksaan sendiri di rumah, sekurang-kurangnya anda masih punya peluang untuk menguruskan dan mengawalnya dengan baik.

“Teruskanlah kehidupan demi masyarakat, teruskan hidup demi keluarga dan teruskan hidup demi anda.

Golongan berisiko mendapat barah payu dara
·  Risiko wanita adalah 100 kali ganda lebih tinggi berbanding lelaki.
·  Sejarah keluarga
·  Sejarah barah - wanita yang pernah menghidap barah payu dara punya risiko berulang empat kali ganda.
·  Sejarah haid dan pembiakan - Melahirkan anak merendahkan risiko barah ini terutamanya jika kelahiran anak yang pertama berlaku sebelum ibu mencapai umur 30 tahun.
·  Pemakanan - pengambilan lemak secara berlebihan
·  Pengambilan hormon - wanita yang sudah putus haid dan mengguna hormon gantian (HRT- hormone replacement therapy) didapati mempunyai risiko barah payu dara yang lebih tinggi. Risiko ini meninggi hanya setelah lima tahun penggunaan hormon secara berterusan.
·  Obesiti.

Kesan barah
Rencana disediakan Dr Muhammad Arif M Hashim, Ketua Jabatan Patologi dan Pakar Perunding Kanan Hospital Kuala Lumpur (HKL)
bminggu@bharian.com.my
2010/11/07

Pemeriksaan saringan sahkan kanser rahim, payu dara dan kelenjar prostat

RAMAI yang sudah maklum apa itu barah pangkal rahim, payudara serta kelenjar prostat. Malangnya, tidak ramai yang tahu apakah ujian saringan membabitkan tiga penyakit barah ini yang turut dilakukan di Jabatan Patologi, Hospital Kuala Lumpur.


Bagi barah pangkal rahim misalnya, ada banyak pertanyaan membabitkan masalah pendarahan di faraj yang berlaku selepas hubungan seksual yang dialami wanita, termasuk yang berusia 40-an dan mempunyai ramai anak.

Hakikatnya, ada beberapa sebab mengapa berlakunya pendarahan vagina selepas melakukan hubungan seksual. Ini seperti masalah radang (inflamasi), trauma, ketumbuhan biasa seperti ‘polyp’ dan yang paling membahayakan adalah kanser pangkal rahim.

Oleh itu, ujian saringan perlu dilakukan kalangan wanita dalam usia kumpulan reproduktif dan aktif dalam hubungan seksual. Lazimnya, saringan ini dilakukan ke atas wanita yang berumur antara 20 hingga 65 tahun.

Ujian saringan PAP smear adalah mudah untuk dilakukan dan tidak memerlukan perbelanjaan yang sebegitu tinggi. Seseorang wanita yang berisiko itu hanya perlu menjalani ujian ini dengan membenarkan sampel diambil dari pangkal rahim untuk pemeriksaan.

Sampel ini akan dihantar ke Jabatan Patologi (Unit Sitologi) yang mana sampel ini akan diproses dan diperiksa untuk pengesanan sel-sel yang tidak normal. Kakitangan yang terbabit dalam proses pemeriksaan ini termasuklah Juruteknologi Makmal yang terlatih atau ‘Cytoscreener,’ Pegawai Sains dan Pakar Patologi.
Bagaimanapun, apakah langkah seterusnya jika sel-sel yang tidak normal dikesan dalam pemeriksaan PAP smear anda? Berdasarkan laporan Patologi, jika didapati sel-sel tidak normal ada dalam sampel itu, anda akan dirujuk dengan kadar segera kepada Pakar Ginekologi untuk pemeriksaan selanjutnya.

Kebiasaannya, pemeriksaan kolposkopi akan dilakukan dan contoh tisu akan diambil (tissue biopsy) untuk dihantar ke makmal histopatologi untuk pengesahan. Sampel biopsi ini akan melalui beberapa peringkat pemprosesan di makmal histopatologi sebelum ia boleh diperiksa secara mikroskopi oleh Pakar Patologi.

Laporan histopatologi yang mengesahkan penyakit kanser pangkal rahim akan dimaklumkan kepada pesakit melalui Pakar Ginekologi yang merawat pesakit berkenaan. Pesakit akan diberi rawatan yang selanjutnya sama ada pembedahan, rawatan radioterapi dan, atau kemoterapi.

Bagaimana pula dengan mereka yang mengalami masalah seperti lelehan bukan biasa dari puting payudara? Jika anda mengalami masalah ini anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Ini disebabkan masalah itu adalah antara tanda-tanda kanser payu dara selain daripada ketulan tidak normal pada payu dara atau pun perubahan pada kulit payu dara. Ada beberapa kaedah saringan untuk mengesan peringkat awal kanser payu dara termasuklah Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP), Mammography, Ultrasonography dan Fine Needle Aspiration Cytology (FNAC).

Jika anda mendapati ketulan yang tidak normal pada payu dara anda atau keputusan pemeriksaan mamogram atau ultrasonography yang tidak normal, maka anda perlu berjumpa doktor untuk pemeriksaan selanjutnya.

Ujian pengesahan akan dilakukan ke atas anda sama ada melalui FNAC yang mana pengambilan sampel sel dari bahagian yang tidak normal itu dilakukan dengan menggunakan jarum yang halus dan picagari untuk pemeriksaan oleh Pakar Patologi. Sampel tisu boleh juga diambil dari bahagian yang tidak normal itu untuk pemeriksaan histopatologi.

Sekali lagi di makmal Saitologi/Histopatologi, sampel-sampel ini akan diproses untuk pemeriksaan dan pengesahan oleh Pakar Patologi sama ada pesakit itu mengidap kanser payu dara atau pun tidak. Jika laporan Histopatologi mengesahkan yang anda mengidap kanser barulah rawatan selanjutnya dapat dilakukan sama ada pembedahan, radioterapi atau pun kemoterapi.

Bagi lelaki pula, apakah puncanya masalah seperti kerap kencing termasuk pada waktu malam serta aliran air kencing yang tidak lancar? Lebih membimbangkan, selera makan dan berat badan pula merosot.

Untuk makluman ramai, pesakit yang mengidap penyakit kanser kelenjar prostat juga boleh mengalami gejala ini. Apakah kelenjar prostat ini? Ia adalah organ yang ada pada lelaki, bersaiz kecil atau sebenar kacang walnut yang terletak di belakang alat kemaluan lelaki, di depan usus besar (rectum), di bawah pundi kencing dan mengelilingi saluran kencing (urethra).

Oleh itu, andai ada sebarang bengkak atau pembesaran pada kelenjar prostat, sama ada berpunca daripada kanser atau tidak, pesakit akan mengalami masalah sama ada kencing tidak lawas atau pun ada darah dalam air kencing atau air mani.

Bagaimana mengesan peringkat awal kanser kelenjar prostat? Saringan untuk penyakit kanser kalenjar prostat boleh dilakukan melalui ujian darah dengan mengukur paras protin yang dirembeskan oleh kelenjar prostat iaitu PSA (Prostatic Specific Antigen). Paras PSA dalam darah biasanya tidak normal jika kelenjar prostat diserang kanser.

Selain itu, satu pemeriksaan ringkas dan mudah juga boleh dilakukan untuk mengesan peringkat awal kanser kelenjar prostat iaitu DRE (Digital Rectal Examination) yang mana doktor akan memasukkan jari ke dalam rektum pesakit dan memeriksa kalenjar prostat.

Sampel tisu untuk pemeriksaan oleh Pakar Patologi perlu dilakukan untuk pengesahan sama ada pesakit itu mengidap kanser jika didapati paras PSA dalam darahnya tinggi dan kelenjar prostatnya melalui pemeriksaan DRE tidak normal.

Pemeriksaan dan pengambilan sampel tisu dari pada kelenjar prostat ini dilakukan oleh Pakar Pembedahan Urologi menggunakan teknik Transrectal Ultrasound biopsy (TRUS). Jika laporan Histopatologi mengesahkan anda mengidap kanser kelenjar prostat, barulah rawatan lanjut dapat dilakukan sama ada pembedahan, rawatan hormon atau pun radioterapi.

Apakah komplikasi kanser jika lambat di kesan? Kanser boleh merebak ke bahagian lain anggota badan seperti hati, paru-paru, tulang dan otak dan seterusnya menyebabkan kematian. Oleh itu saringan ini perlu untuk mengesan peringkat awal kanser dan mengelakkan dari berlakunya komplikasi.


Sumber rujukan: Unit Histopatologi, Jabatan Patologi, HKL dan Uronological Society of Australia.

Wanita-Hormon & Kanser





Cancer Cell
Evolution of Cancer Cell

Fakta: Barah di Malaysia


Di Malaysia, kes barah semakin meningkat dengan dengan 70,000 kes baru dilaporkan antara tahun 2003 ke 2005 mengikut Laporan Kejadian Kanser di Semenanjung Malaysia yang dikeluarkan oleh Register Barah Kebangsaan (NCR). Kes barah paling banyak dilaporkan adalah barah payudara.

Sementara laporan yang dikeluarkan pada Januari 2008 pula mencatatkan di Malaysia Barat sebanyak 67,792 kes baru didiagnos dengan 29,596 atau 43.7 peratus membabitkan pesakit lelaki manakala 38,196 kes pula di kesan di kalangan perempuan 56.3 peratus.

Umumnya, kadar tahunan serangan barah di kalangan lelaki adalah 100.2 peratus untuk 100,000 populasi manakala 132.1 peratus untuk 100,000 populasi untuk perempuan. Daripada keseluruhan kes, barah payu dara berada di kedudukan teratas (18 peratus) diikuti barah usus 11.9 peratus dan barah paru-paru 7.4 peratus.

Kata Dr Ibrahim ada banyak sebab mengapa kes barah semakin meningkat di Malaysia. Selain perkembangan teknologi perubatan yang semakin baik, gaya hidup dan diet pemakanan yang diambil oleh warga Malaysia turut memainkan peranan. Bagaimanapun, fakta yang lebih utama antara 30 ke 50 peratus kes barah boleh dicegah.

“Barah boleh dicegah dengan melakukan pemeriksaan kesihatan berkala selain mengelakkan pengambilan makanan yang diproses dan mengandung bahan kimia mungkin boleh membantu. Selain itu bersenam dan mengetahui sejarah perubatan keluarga misalnya ada yang didiagnos dengan barah membantu kita memantau keadaan kesihatan diri sendiri,”katanya.

·  Sejenis penyakit sel yang mana pembahagian sel-sel akan berhenti pada tahap tertentu. Sel-sel yang tidak normal yang membiak sehingga terbentuknya satu benjolan tisu yang digelar tumor. Sel-sel kanser akan merebak ke kelenjar limfa, masuk ke dalam paru-paru. Seterusnya ia menuju ke bahagian sebelah buah dada, masuk ke tulang yang mengakibatkan tulang patah.
Ia bergerak ke dalam bahagian tulang punggung, paha dan masuk ke dalam hati menjadikan bengkak (jaundis) dan hingga ke peringkat akhir ke bahagian otak, pesakit akan menjadi koma.

INFO: Punca/faktor risiko
·  Usia yang meningkat
·  Kedudukan geografi
·  Baligh sebelum usia 12 tahun
·  Menopaus selepas usia 50 tahun
·  Tidak melahirkan anak selepas usia 30 tahun
·  Keturunan
·  Pernah mengalami bengkak pada buah dada(fibrocystic disease)
·  Banyak minum alkohol dan memakan lemak haiwan
·  Obes atau gemuk
& Terdedah pada sinaran radiasi

Tanda-tanda/simptom: Tanda awal

·  Bengkak dan perubahan bentuk dan saiz buah dada
·  Aerola tertarik ke dalam
·  Pendarahan atau lelehan luar biasa yang berwarna kuning hijau

Tanda lewat
·  Sakit pada buah dada
·  Sakit pada tulang rusuk
·  Ada ulser atau kudis
·  Batuk atau sesak nafas
·  Bengkak Hati (jaundis)
·  Tulang patah
·  Hilang sedar

Langkah pencegahan
·  Elak pengambilan arak
·  Kurangkan makanan mengandungi lemak haiwan
·  Kurangkan makanan berkalori tinggi seperti kuning telur dan hati haiwan
 

Tahap Barah

Tahap satu - umumnya bermaksud ketulan barah saiznya kecil dan hanya tertumpu dalam organ yang terjejas dan belum merebak ke organ lain.

Tahap dua - barah sudah mula merebak ke tisu berdekatan tetapi saiz tumor sudah mula membesar. Ada kala barah tahap dua juga bermaksud ia sudah merebak ke nodul limfa yang berdekatan dengan ketumbuhan itu.

Tahap tiga - ketumbuhan mula membesar. Ia mula merebak ke kawasan tisu berdekatan dan sel barah sudah berada dalam limfa nodul.

Tahap empat - barah sudah merebak ke bahagian organ lain.

Thursday, December 16, 2010

Wanita dan Keseimbangan Hormon


ARKIB : 12/12/2010

Hormon cantikkan kulit
Yasmin mudah terkena jerawat dan noda-noda putih. Jerawat sering sahaja tumbuh pada pipi atau dahinya. Bahagian lain pada muka jarang dihinggapi jerawat. Bila Yasmin menyapu ubat, jerawat itu hilang dan meninggalkan kesan parut yang berwarna kehitaman.
Ada kalanya jerawat yang tumbuh kelihatan seperti ruam kecil pada dahi. Jerawat juga tumbuh pada bahagian belakang badan. Kehadiran jerawat tidak pernah putus. Meskipun sembuh apabila dirawat namun ia akan tumbuh semula. Yasmin yang inginkan kulit licin tanpa cela mencuba pelbagai cara bagi menutupi kekurangan itu. Setiap bulan Yasmin akan ke salon bagi rawatan muka. Selepas rawatan kulit tampak cantik dan berseri namun selepas beberapa hari kulit menjadi kusam semula. Bintik putih dan hitam terlalu banyak sehingga menimbulkan rasa kurang selesa. Apabila bermekap, amat sukar sekali bagi meratakan bedak. Ini adalah kerana bintik hitam dan putih yang banyak menyukarkan bedak asas disapu rata. Lagi pun apabila dia memakai bedak asas jerawat tumbuh semakin banyak. Bintik-bintik putih juga semakin bertambah sehinggakan Yasmin terpaksa berhenti menggunakan bedak asas.
Yasmin melihat sahabat baiknya Julia berkulit mulus dan bersih meskipun setiap hari Julia menggunakan bedak asas dan bersolek tebal. Kulit Julia seolah-olah kebal dan tidak bermasalah meskipun kerap bertukar produk kosmetik dan menggunakan pelbagai jenis bedak dan krim. Yasmin ingin tahu mengapa beliau sukar mendapat kulit yang licin dan cantik meskipun mencuba pelbagai cara.
Saya memberitahu Yasmin terdapat perbezaan antara kulit Yasmin dan kulit Julia kerana kulit Julia mempunyai jumlah hormon yang cukup. Yasmin hairan kerana dia tidak tahu bahawa hormon turut mempengaruhi kulit.
Bagi ramai orang kefahaman mengenai hormon sangat terhad. Mereka melihat kepentingan hormon dalam suatu perspektif yang sempit. Sebenarnya kepentingan hormon untuk meningkatkan kecantikan kulit juga sangat penting. Ada hormon yang bertindak secara langsung ke atas kulit kita. Tanpanya kulit ditumbuhi ruam dan berjerawat.
Masalah kekurangan hormon bukan sahaja berlaku kepada mereka yang berusia, malahan di kalangan para remaja juga tidak dapat mengelakkan daripada masalah ini. Saya dapati masalah kekurangan hormon begitu ketara di kalangan para remaja sama seperti peringkat usia yang lain. Justeru mereka sukar mendapatkan kulit yang baik. Hormon yang kurang membuatkan kulit mereka dilanda pelbagai masalah.
Jenis hormon yang mempengaruhi kulit.
Hormon adrenal sangat mustahak bagi kecantikan kulit seseorang. Hormon ini dikeluarkan oleh kelenjar adrenal kita yang terletak pada buah pinggang. Kelenjar adrenal adalah kelenjar kecil yang terdiri daripada dua bahagian iaitu kortex dan medulla. Kedua-dua bahagian menghasilkan hormon yang berbeza. Kortisol iaitu hormon dari adrenal merupakan elemen penting dalam kecantikan. Ia juga mustahak bagi pembentukan badan yang cantik dan seimbang. Seseorang yang kurang hormon kortisol akan mempunyai masalah jerawat, pigmentasi, resdung, gatal-gatal dan juga noda putih yang sukar dirawat meskipun dengan pelbagai kaedah rawatan muka.
Rawatan yang hanya memfokuskan pada kulit sahaja tanpa mengambil kira hormon dalam tubuh kita tidak mungkin memberikan hasil yang kekal pada jangkamasa panjang. Ini kerana sekiranya kelenjar hormon yang tidak dirawat sudah menghasilkan hormon pada tahap rendah, masalah yang dihadapi akan berulang. Jadi demi mendapatkan hasil yang terbaik kita perlu meningkatkan paras kortisol juga. Saya dapati rawatan laser dan peningkatan kualiti kulit perlulah disekalikan dengan rawatan peningkatan hormon dalam tubuh.
Bintik-bintik putih adalah radang pada kulit. Ia terjadi apabila kelenjar sebum menghasilkan terlalu banyak sebum. Kekurangan hormon kortisol menyebabkan kulit menjadi terlalu sensitif. Proses keradangan membuatkan kulit rasa gatal dan tidak selesa. Bintik-bintik putih pada hidung dan dahi membuatkan pori-pori kulit kita terbuka dan kulit tampak kasar. Bila dipicit bintik-bintik keluar sebagaimana nanah, berbau dan membuatkan pengidapnya tidak selesa.
Bagi memperolehi kulit mulus, kita juga harus menitikberatkan faktor mencukupkan hormon dalam badan. Setelah hormon ditingkatkan, bintik-bintik putih tidak lagi terjadi dan keradangan pula mula hilang. Kulit juga tidak berbau busuk lagi.
Masalah kekurangan kortisol boleh berlaku kepada seseorang yang gemuk atau kurus. Jelas di sini faktor berat badan atau saiz badan tidak memainkan peranan dalam menentukan kualiti kulit seseorang. Seseorang yang terlalu kurus apabila kortisol ditambah akan berubah menjadi lebih berisi dan mendapat bentuk badan yang lebih menarik.
Seseorang yang terlalu gemuk pula apabila kortisol ditambah akan mula mendapat penurunan berat badan yang seimbang dan berubah menjadi lebih cantik. Jelaslah bagi kita bahawa kepentingan hormon kortisol tidak boleh dipertikaikan lagi.
Tanda tanda kekurangan kortisol.
1. Mudah alah dan mendapat gatal-gatal kulit apabila makan makanan tertentu atau menggunakan produk tertentu (mudah mendapat alahan)
2. Jerawat dan radang kulit
3. Bintik-bintik putih yang banyak
4. Tampak lebih tua daripada usia sebenar
5. Kulit tampak gelap
6. Terlalu gelap pada ketiak dan celah-celah lipatan badan seperti leher dan bawah buah dada
7. Gelap di belakang lulut
8. Parut-parut lama berwarna kehitaman
9. Terlalu gemuk dan sukar untuk kurus meskipun berdiet
10. Terlalu kurus dan sukar meningkatkan berat badan meskipun makan banyak.
Di dalam tubuh kita terdapat pelbagai hormon yang saling berinteraksi. Apabila kortisol kurang maka hormon lain akan turut merosot. Hormon thyroxine misalnya amat sensitif dengan kehadiran hormon adrenal. Apabila hormon adrenal rendah ia turut menjadi rendah juga. Ini membuatkan seseorang menjadi gemuk dan sukar menurunkan berat badan. Proses metabolisme menjadi rendah dan seseorang akan mudah letih.
Setelah menjalani terapi penambahan hormone Yasmin mula berubah. Bintik-bintik putih yang mengganggu telah tiada dan Yasmin bebas menggunakan mekap tebal serta bedak asas tanpa sebarang masalah.



KESIHATAN

Insurance Liability and Halal Toi'ba (High Quality)


ARKIB : 05/12/2010

Hormon untuk cantik dan sihat
Sejak akhir akhir ini saya rasa tak sedap badan. Dada asyik berdebar-debar dan mudah benar naik angin. Kadang-kadang perkara yang berlaku bukanlah besar sangat namun saya sangat cepat terasa. Kalau anak-anak tinggi suara sikit mulalah saya rasa kecil hati. Dengan cucu pun begitu. Padahal mereka budak budak lagi, bukan tahu apa apa namun saya mudah benar tersinggung.
''Mungkin sejak saya pencen saya jadi begitu. Masa bekerja dulu sentiasa sibuk, bila pencen duduk rumah banyak masa senggang, mungkin itu yang mempengaruhi emosi saya,'' keluh Puan Zai. Wanita berusia akhir 50-an itu masih aktif dan bergaya.
''Puan Zai rasa tak sedap badan?" Saya bertanya. ''Memang doktor, saya rasa panas dan berpeluh sampai melekit. Tapi bahang panas datang tak tentu masa. Kejap datang dan dalam beberapa jam ia hilang. Tak tentu rasa di buatnya. Kaki pula berasa lenguh dan tulang macam sengal-sengal,'' jelas Puan Zai. Saya seterusnya bertanya beliau tentang aktiviti sehariannya. Menurut Puan Zai, pergerakannya menjadi lambat. Beliau memikirkan masalah tersebut hanya disebabkan usia yang semakin meningkat.
''Ada sebab lain ke doktor? Lagi satu saya cepat rasa sepi. Kadang kala saya menitis air mata apabila hati terasa duka dan terluka. Bila saya fikirkan tiada sebab-sebab yang sepatutnya namun hati saya mudah tersentuh. Hati rasa sepi dan sunyi. Semasa bekerja dulu saya seorang yang periang. Adakah ini faktor psikologi dan harus dilalui oleh semua wanita dalam peringkat umur sebegini?'' tanya beliau lagi.
Puan Zai juga menyatakan kebimbangan mengenai masalah sukar tidur dan berat badan yang semakin meningkat. Katanya, beliau sering bersenam dan menjaga pemakanan namun lemak yang berkumpul semakin banyak serta sukar menurunkan berat badan.
''Saya takut menjadi gemuk dan obes. Setiap kali memandang cermin, saya seolah-olah kehilangan diri sendiri. Perubahan menjadi ketara pada wajah. Saya tampak hodoh dan wajah menjadi lebar. Satu waktu dahulu saya gemar bergaya dan berhias namun kini dunia saya sudah hilang.
''Apakah ini satu takdir saya menjadi tua, gemuk dan tidak menarik lagi?'' keluh Puan Zai.
Bagi saya apa yang di suarakan oleh Puan Zai adalah sesuatu yang jujur dan ikhlas dari hatinya.
Semua orang takut untuk menjadi tua. Bila usia meningkat banyak perkara yang mula bermain di minda kita. Apabila memandang cermin dan terlihat garis garis halus pada wajah kebanyakan wanita akan mula diburu kebimbangan. Lalu pelbagai cara dilakukan bagi mengurangkan kesan penuaan tersebut.
Ramai yang berkunjung ke pusat kecantikan bagi menghilangkan pigmentasi, kedutan dan mengembalikan ketegangan wajah. Namun sebab sebenar yang mencetus masalah ini ialah kekurangan hormon di dalam badan. Ramai wanita menganggap simptom menopaus sebagai faktor psikologi semata-mata. Ternyata ia tidak benar. Sebaliknya ia merupakan faktor fisiologi yang melanda tubuh kita. Gangguan emosi dan perubahan fizikal boleh dirawat dengan ujian paras hormon dan menambahkan semula hormon yang tiada. Menopaus bagaikan nyanyian sepi dalam hati wanita. Apabila era menopaus muncul dalam diri seseorang perasaan akan mudah terganggu dan hati menjadi mudah terasa. Kenapakah ini berlaku?
Kitaran tubuh amat dipengaruhi oleh hormon yang merangsang minda, jiwa dan tenaga kita. Apabila seorang wanita didatangi haid buat pertama kalinya kitaran hormon dalam tubuhnya mula berfungsi dan berkembang. Pada waktu ini seorang gadis akan berkembang menjadi wanita yang sempurna. Tenaga serta kecantikannya meningkat apabila di puncak perkembangannya. Apabila paras hormon merosot seorang wanita akan mula kehilangan kecantikan dan tenaganya. Inilah yang dikatakan era pra menopaus dan post menopaus.
Pada usia 25 tahun hormon di dalam tubuh kita mula berkurangan dan akan terus berkurangan sehinggalah usia seseorang itu mencapai 35 tahun. Selepas usia tersebut kadar pengurangan hormon akan menjadi lebih ketara lagi. Kemerosotan hormon dalam tubuh menyebabkan kita mengalami pelbagai tekanan dari segi emosi dan juga fizikal. Hormon sering dipandang remeh oleh kebanyakan orang. Apabila haid tidak menentu hormon dipersalahkan. Ini menyebabkan berlaku salah faham dan tanggapan negatif mengenai hormon dan tugasnya di dalam tubuh kita.
Di sini saya ingin menjelaskan bahawa gangguan yang dimaksudkan bermakna tidak cukup hormon di dalam badan dan bukan kerana hormon merbahayakan tubuh badan kita. Sebenarnya hormon merupakan entiti yang sangat penting dan memainkan peranan mustahak bagi kehidupan kita. Tanpa hormon segala proses metabolik akan terganggu.
Hormon tyroxine misalnya meningkatkan metabolisme tubuh. Seseorang yang kurang thyroxine akan mengalami masalah berat badan meskipun makan sedikit. Individu yang kurang hormon ini juga mempunyai kulit kasar, rambut gugur serta kekurangan tenaga menyebabkan selalu keletihan.
Hormon insulin pula terlibat dalam metabolisme gula dan juga membolehkan gula digunakan di dalam sel sebagai tenaga. Tanpa insulin sel tidak dapat menggunakan tenaga. Ini menyebabkan seseorang yang kurang insulin kelihatan lesu dan tidak bermaya. Insulin merupakan sejenis hormon dan masalah kencing manis sebenar nya merupakan gangguan hormon di dalam tubuh kita.
Melatonin merupakan hormon yang penting bagi membolehkan kita tidur lena. Gangguan hormon melatonin membuatkan seseorang tidak lena tidur dan mendapat insomnia. Hormon ini penting bagi mengelakkan penyakit nyanyuk atau pelupa.
Estrogen dan Progesteron pula merupakan hormon seks yang mustahak bagi kesejahteraan wanita.
Saya menasihatkan wanita 40 tahun ke atas memandang serius tahap hormon di dalam tubuh yang semakin berkurangan. Hormon bukan saja berkait rapat dengan kitaran haid dan menopaus wanita. Ia amat penting kerana ia mempengaruhi pelbagai aspek kehidupan dan kecantikan kita.
Penggunaan hormon dengan nasihat doktor yang berpengalaman dalam bidang ini akan merubah hidup anda. Bukan sahaja kesihatan menjadi lebih baik, anda juga kelihatan lebih cantik dan muda semula. Pengetahuan sains perubatan yang tinggi membolehkan kita menikmati hidup lebih berkualiti di usia tua dengan terapi peningkatan hormon di dalam badan. Justeru persepsi kita terhadap hormon harus berubah ke arah yang lebih positif.
Hormon harus diberi perhatian yang sewajarnya dan perkongsian ilmu sebegini adalah mustahak bagi kita sama-sama melahirkan masyarakat Malaysia yang sihat dan sejahtera.



100% Natural Ingrediant
  

Monday, December 13, 2010

Firming Treatment after Weight Loss


Dry Spa -FIR


Device for Dry Spa

Dry Spa + Hot Blanket (FIR)
Dry Spa+Hot Blanket Device


 


Product For Firming and Shaping while in FIR Dry Spa


Product for Body Shaping + Contour Cream