Friday, December 17, 2010

Wanita-Hormon & Kanser





Cancer Cell
Evolution of Cancer Cell

Fakta: Barah di Malaysia


Di Malaysia, kes barah semakin meningkat dengan dengan 70,000 kes baru dilaporkan antara tahun 2003 ke 2005 mengikut Laporan Kejadian Kanser di Semenanjung Malaysia yang dikeluarkan oleh Register Barah Kebangsaan (NCR). Kes barah paling banyak dilaporkan adalah barah payudara.

Sementara laporan yang dikeluarkan pada Januari 2008 pula mencatatkan di Malaysia Barat sebanyak 67,792 kes baru didiagnos dengan 29,596 atau 43.7 peratus membabitkan pesakit lelaki manakala 38,196 kes pula di kesan di kalangan perempuan 56.3 peratus.

Umumnya, kadar tahunan serangan barah di kalangan lelaki adalah 100.2 peratus untuk 100,000 populasi manakala 132.1 peratus untuk 100,000 populasi untuk perempuan. Daripada keseluruhan kes, barah payu dara berada di kedudukan teratas (18 peratus) diikuti barah usus 11.9 peratus dan barah paru-paru 7.4 peratus.

Kata Dr Ibrahim ada banyak sebab mengapa kes barah semakin meningkat di Malaysia. Selain perkembangan teknologi perubatan yang semakin baik, gaya hidup dan diet pemakanan yang diambil oleh warga Malaysia turut memainkan peranan. Bagaimanapun, fakta yang lebih utama antara 30 ke 50 peratus kes barah boleh dicegah.

“Barah boleh dicegah dengan melakukan pemeriksaan kesihatan berkala selain mengelakkan pengambilan makanan yang diproses dan mengandung bahan kimia mungkin boleh membantu. Selain itu bersenam dan mengetahui sejarah perubatan keluarga misalnya ada yang didiagnos dengan barah membantu kita memantau keadaan kesihatan diri sendiri,”katanya.

·  Sejenis penyakit sel yang mana pembahagian sel-sel akan berhenti pada tahap tertentu. Sel-sel yang tidak normal yang membiak sehingga terbentuknya satu benjolan tisu yang digelar tumor. Sel-sel kanser akan merebak ke kelenjar limfa, masuk ke dalam paru-paru. Seterusnya ia menuju ke bahagian sebelah buah dada, masuk ke tulang yang mengakibatkan tulang patah.
Ia bergerak ke dalam bahagian tulang punggung, paha dan masuk ke dalam hati menjadikan bengkak (jaundis) dan hingga ke peringkat akhir ke bahagian otak, pesakit akan menjadi koma.

INFO: Punca/faktor risiko
·  Usia yang meningkat
·  Kedudukan geografi
·  Baligh sebelum usia 12 tahun
·  Menopaus selepas usia 50 tahun
·  Tidak melahirkan anak selepas usia 30 tahun
·  Keturunan
·  Pernah mengalami bengkak pada buah dada(fibrocystic disease)
·  Banyak minum alkohol dan memakan lemak haiwan
·  Obes atau gemuk
& Terdedah pada sinaran radiasi

Tanda-tanda/simptom: Tanda awal

·  Bengkak dan perubahan bentuk dan saiz buah dada
·  Aerola tertarik ke dalam
·  Pendarahan atau lelehan luar biasa yang berwarna kuning hijau

Tanda lewat
·  Sakit pada buah dada
·  Sakit pada tulang rusuk
·  Ada ulser atau kudis
·  Batuk atau sesak nafas
·  Bengkak Hati (jaundis)
·  Tulang patah
·  Hilang sedar

Langkah pencegahan
·  Elak pengambilan arak
·  Kurangkan makanan mengandungi lemak haiwan
·  Kurangkan makanan berkalori tinggi seperti kuning telur dan hati haiwan
 

Tahap Barah

Tahap satu - umumnya bermaksud ketulan barah saiznya kecil dan hanya tertumpu dalam organ yang terjejas dan belum merebak ke organ lain.

Tahap dua - barah sudah mula merebak ke tisu berdekatan tetapi saiz tumor sudah mula membesar. Ada kala barah tahap dua juga bermaksud ia sudah merebak ke nodul limfa yang berdekatan dengan ketumbuhan itu.

Tahap tiga - ketumbuhan mula membesar. Ia mula merebak ke kawasan tisu berdekatan dan sel barah sudah berada dalam limfa nodul.

Tahap empat - barah sudah merebak ke bahagian organ lain.

No comments:

Post a Comment